UNIT HAL EHWAL
MURID
SJKT SUNGAI GETAH
Di
samping menyalurkan segala bantuan, unit ini juga berperanan untuk membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Keperluan asas murid merupakan
satu tanggung jawab yang diamanahkan
agar semua murid yang layak akan mendapat agihan Skim Pinjaman Buku
Teks, Rancangan Makanan Tambahan, Kumpulan Amanah Pelajar Miskin dan
bantuan-bantuan lain.
Mengawal
disiplin merupakan satu cabaran bagi Jawatankuasa HEM. Oleh itu pengurusan HEM
akan mengembleng tenaga dan kepakaran agar dapat mengawal disiplin serta
membantu murid-murid mengembangkan JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek).
Diharapkan SKSGB akan melahirkan murid yang cemerlang, bersahsiah tinggi dan
dapat memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara.
VISI
MELAHIRKAN MURID YANG BERAKHLAK MULIA, BERHEMAH
TINGGI
DAN BERKUALITI
MISI
MELAHIRKAN MURID BERMOTIVASI TINGGI DAN MAMPU
BERUSAHA KE ARAH KECEMERLANGAN SAHSIAH,
AKADEMIK DAN KOKURIKULUM
v Membasmi
kadar salahlaku murid.
v Menentukan supaya murid yang layak menerima bantuan
kebajikan, perkhidmatan kesihatan, dan keselamatan yang disediakan dengan
adil.
v Membimbing murid dengan perkhidmatan Kaunseling ke arah yang boleh membawa kejayaan kepada murid , sekolah dan masyarakat
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
- Membantu
dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu
yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran
kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan
menyuburkan potensi kepimpinan.
UNIT -
UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MURID
(SEMUA UNIT BERGERAK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI
MASING-MASING) |
1) UNIT DISIPLIN & PENGAWAS |
Objektif :
Mengurangkan jumlah kes - kes salah laku murid. |
2) UNIT KESELAMATAN & KECEMASAN |
Objektif :
Mewujudkan kesedaran dikalangan murid-murid dan warga sekolah tentang aspek
keselamatan diri dan harta benda sekolah. |
3) UNIT PERABOT & INVENTORI |
Objektif :
Memastikan bekalan perabot untuk murid mencukupi, segala kerosakan dibaik pulih
serta pengemaskinian stok perabot dilakukan. |
4) UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS |
Objektif :
Menyelaraskan hal - hal pengeluaran, pengambilan dan hapuskira buku teks. |
5) UNIT LAWATAN |
Objektif :
Menambah pengetahuan dengan membuat lawatan ke tempat - tempat pelancongan. |
6) UNIT KEBAJIKAN MURID |
Objektif :
Menyediakan keperluan yang sesuai kepada murid yang menghadapi tekanan dan
masalah. |
7) UNIT RMT / PSS / KANTIN |
Objektif :
Kebersihan kantin terjaga dan memastikan murid - murid yang layak saja yang
menerima bantuan RMT dan PSS. |
8) UNIT BIMBINGAN
& KAUNSELING |
Objektif
: Membentuk sikap berdikari, bermotivasi dan bantu - membantu diantara murid
- murid. |
SJKT SUNGAI GETAH
DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
1.1
Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.
1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk
tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang
rasa, dan kasih sayang.
DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR
2.1
Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkn ke dalam buku rekod pendaftaran dan
ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).
2.3 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi
akademik.
2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada
setiap masa.
DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR
3.1
Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga
Disiplin.
3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan
dipanggil untuk hadir ke sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani
permasalahan disiplin pelajar.
3.4 Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu
memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah.
3.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari
berturut-turut dikira ponteng sekolah.
DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR
4.1
Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada
di kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
4.2 Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama
didalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak di pejabat.
4.3 Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insuran Takaful Malaysia.
DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR
5.1
Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui
program-program yang dirancang seperti :
• Pemeriksaan Gigi dan Mata
• Pemeriksaan Kesihatan
• Program RMT
• Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Ceramah dan Kempen
5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga.
5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada
di sekolah.
5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi
penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah
Kesihatan.
DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR
6.1
Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu
melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin
memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini.
6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah
demi menjaga maruah pelajar tersebut.
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
• MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL
MURID DAN SAHSIAH PELAJAR.
SJKT SUNGAI GETAH
Kejayaan
cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan
hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Pengurusan Hal
Ehwal Murid dan sahsiah pelajar sekolah telah menetapkan beberapa matlamat yang
perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah :
1. Memastikan pelajar sekolah ini
mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini.
2. Memastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
3. Memastikan pelajar di sekolah ini mengamalkan “ Budaya Hidup Sihat”.
4. Memastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang
dari guru-guru.
5. Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan
yang tidak bermoral seperti berikut:
·
ponteng sekolah
·
merokok
·
pergaduhan
·
kelakuan lucah
·
membuli
·
kurang ajar atau biadap
·
merosakkan harta benda
sekolah/awam (VANDALISME)
6. Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran
mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya.
7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang
dirancang oleh pihak sekolah.
8. Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga,
dan harta benda sekolah.
9. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan
nama sekolah.
STRATEGI PERLAKSANAAN
BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID & SAHSIAH PELAJAR
1. Sistem Pendaftaran Pelajar.
• Sekolah
melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid tahun 1.
• Hari pendaftaran murid dijalankan satu atau dua hari sebelum
persekolahan sebenar.
• Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa
hadir pada hari pendaftaran.
• Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti
berikut :
• pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
• Bayaran Sekolah perlu di bayar kepada Guru Kelas masing-masing.
• Pengagihan buku teks, meja dan kerusi cukup bagi setiap kelas.
• Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibu-bapa atau penjaga.
• Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan
sistem maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.
2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.
2.1
Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3 Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher.
2.4 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga
hingga tahun enam.
2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid
pada tahun semasa.
2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
• Pencalonan oleh guru kelas.
• Temuduga oleh
jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
• Kursus
perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
• Tempoh percubaan
sepanjang bulan Januari.
• Majlis watikah
perlantikan
2.7
Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar
peraturan.
·
Dijalankan oleh Guru Bimbingan Kaunseling
Lantikan sekolah
·
Keputusan sesuatu hukuman akan diputuskan
bersama dengan Para Pentadbir sekolah, Guru Kelas, Guru Kaunseling, Guru
Disiplin dan AJK.
·
Pengesanan Pelajar yang Berkeperluan Khas.
3.1 Memastikan
perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat
perlaksanaannya seperti berikut :
• bilangan murid yang terlibat.
• Pemilihan murid yang tepat mengikut Perkiraan yang diberikan oleh pihak
KPM.
• Penyediaan menu yang berkhasiat serta pelbagai.
3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah
seperti berikut :
• Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
• Berinteraksi dengan kawan-kawan.
• Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
• Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat
akses.
3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :
• Pemeriksaan mata.
• Pemeriksaan gigi.
• Pemeriksaan kuku dan rambut.
• Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.
3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
• Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
• Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
• Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
• Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.
3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :
• Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
• Gotong-royong.
• Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila
menjumpainya.
• Tidak membuang sampah merata-rata.
4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.
4.1 Guru perlu sentiasa memberi
layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
5.1 Murid-murid yang
menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan
kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
• Sesi kaunseling Individu
• Sesi kaunseling kelompok
• Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
• Kem Jati diri
6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah
Selamat.
6.1 Melatih murid-murid
menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut
:
• Keselamatan jalan raya.
• Jenayah juvana
• Pertolongan cemas
• Penyalahgunaan dadah.
7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.
7.1 Murid-murid digalakkan
menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai pihak
seperti :
• Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
• Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
• Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
• Menyertai pertandingan sukan dan permainan.
7.2
Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan
baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti :
• Pembacaan di pusat
sumber atau perpustakaan.
• Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen.
• Program Bersama Keluarga.
No comments:
Post a Comment