Dasar

DASAR UTAMA SEKOLAH

1.      Dasar Kurikulum Sekolah

 Dasar  Kurikulum Sekolah digubal sesuai dengan kurikulum kebangsaan sebaran Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi meningkatkan mutu pencapaian akademik ( - aspirasi: SEMUA WARGA MALAYSIA PERLU MENDAPAT PENDIDIKAN MINIMUM 11 TAHUN – DASAR PENDIDIKAN NEGARA). Semua pihak mestilah terus berusaha dengan tenaga padu  dan bersungguh-sungguh ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik secara berterusan ‘on going improvement process’ dengan semangat ‘strive for excellence’. Dasar kurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Getah, Bedong menekankan  kecemerlangan kuantitatif  berdasarkan set piawaian yang telah ditetapkan.

Bagi memastikan sasaran piawaian  yang telah ditetapkan tercapai, pihak sekolah telah menetapkan 4 program utama yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 iaitu;

i)                    Program pelaksanaan pengajaran dan pengajaran  yang berkesan dengan menekankan penggunaan teknik pedagogi yang efektif. Usaha mengelakkan penyusutan atau pembaziran waktu yang disebabkan oleh guru dibuat dengan bersungguh-sungguh dan menyeluruh.

 Dasar Operasi:

1.      Menepati masa

2.      Melaksanakan P&P yang berkualiti

3.      Menanda buku dan hasil kerja murid secara efektif dan tekal

4.      Menjalankan ujian secara terancang

5.      Melakukan analisis dan tindak ikut dan tindak turut yang operatif

6.      Melaporkan hasil ujian secara komprehensif

 

ii)                  Program Intervensi – Pemulihan dalam kelas biasa murid-murid tahap 2. Program lanjutan dari pemulihan tahap 1.

 

Dasar Operasi:

1.      100 % tahun 1, 2 dan 3 menguasai 2M, 100% menguasai Matematik

2.      Semua pelajar yang mencapai tahap kurang daripada  40% perlu diberi perhatian teliti dan dibantu dengan pelaksanaan program khas.

3.      Program pengesanan, intervensi dan pemulihan adalah keutamaan dan wajib dilaksanakan.

4.      Kelas pemulihan dijalankan dengan penyusutan minimum 50% dalam tempoh 2 bulan mengikut program.

5.      Rekod pelaksanaan program perlu dikemas kini.  

iii)                Program  Bacaan.

             Dasar Operasi:

           1. Setiap murid akan disediakan dengan sebuah buku untuk satu minggu.

                                   2. Bahan bacaan Bahasa Melayu , Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris wajib   

                                      dibaca.

           3. Minimum - 3 buah buku - kumpulan terbaik

                                                         - Minimum 2 buah buku - kumpulan sederhana

                                                        -  Minimum 1 buah buku  - kumpulan lemah

                            4. Program Membaca Sekolah dilaksanakan bersama dengan Program  Nilam.

                                - Penilaian dibuat pada bulan Jun dan bulan September. 

                                - Anugerah akan diberikan kepada pembaca-pembaca buku terbanyak.

 

iv)                Program Kegemilangan Akademik Sekolah

 Perbincangan dalam mesyuarat panitia matapelajaran hendak berfokus kepada cara  untuk mencapai gred A dalam mata pelajaran teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Dasar Operasi:

1.      Program Head-count setiap matapelajaran mesti dilakukan

2.      Kenal pasti setiap murid berpotensi A, B, C.

3.     Kenal pasti murid berpotensi D dan E untuk diminimumkan bilangan mereka supaya nilai GPS dapat ditingkatkan.

4.      Pemantauan rapi kumpulan-kumpulan ini dilakukan secara tekal.

 2. Dasar Kokurikulum Sukan dan Permainan Sekolah

Dasar Kokurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Getah, Bedong

dirancang dan akan dilaksanakan untuk memastikan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum berterusan. Dasar Kokurikulum sekolah menetapkan tahap pencapaian yang disasarkan:

Sukan & Permainan: Bola Jaring, Bola Sepak , dan  Olahraga

 

Kelab/Persatuan:  Persatuan Bahasa, Persatuan Matematik & Sains, Kelab Kitar semula.

 

Unit Beruniform: TKRS dan Pengakap

 - Sekurang-kurangnya penyertaan dalam pertandingan/pencapaian sehingga berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri dan kebangsaan.

          3.  Kokurikulum Akademik    

Dasar Koakademik dibina adalah untuk  memastikan rekod yang cemerlang dalam bidang tersebut dicipta.Setiap matapelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Matematik, Sains dan Bahasa Tamil menjadi johan dalam setiap penyertaan peringkat zon akademik.Sekurang-kurangnya 3 bahagian daripada keseluruhan penyertaan berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri.

      4.  Dasar Keselamatan

Pihak sekolah mahu menjadikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Getah, Bedong ,

sebuah sekolah yang  selamat dan kondusif. Bagi memastikan keselamatan murid pada tahap terbaik, pihak sekolah amat mengambil berat akan keselamatan para pelajarnya terutamanya ketika hadir dan waktu pulang dari sekolah serta semasa dalam kawasan sekolah. Masa persekolahan tahun 2019 bermula 7.30 pagi dan pulang pada pukul 1.20 petang. Bagi memastikan keselamatan para pelajar terjamin perkara berikut mestilah dipatuhi:

            Dasar Operasi:

4.1 Semasa dalam kawasan sekolah:

  • Para pelajar hanya dibenarkan memasuki kawasan sekolah mulai jam 7.00 pagi dan  pulang selewat- lewatnya 2.00 petang kecuali hari ko-kurikulum.
  • Semua murid wajib memakai pakaian sekolah, bertag  nama, berkasut putih ( pelajar biasa) atau kasut hitam ( pengawas ) dan berstokin putih.
  • Semua pelajar dikehendaki berada di dalam kelas setiap masa persekolahan. Kebenaran keluar hanya dikeluarkan oleh guru  di kelas sahaja menggunakan Pas  Kebenaran Keluar.
  • Bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah jika berlaku kemalangan guru-guru perlu mengambil tindakan serta-merta dengan menghantar murid  ke hospital dan seterusnya memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga murid berkenaan dengan segera.
  • Ibu bapa/ penjaga yang berhasrat mengambil / membawa anak-anak mereka keluar sekolah hendaklah mendapat keizinan dari Guru Besar / Penolong Kanan dan mencatatkan di  buku khas di pejabat.

4. 2 Semasa Kegiatan Ko-kurikulum:

  • Semua aktiviti kokurikulum hendaklah di bawah kawalan dan pengawasan guru setiap masa.                              
  • Semua guru pembimbing hendaklah mengutamakan keselamatan pelajar di bawah kawalan guru.

·         Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum hendaklah disertai oleh surat kebenaran ibu bapa/penjaga.

 ·         Guru pembimbing hendaklah mengingatkan pelajar mengenai keselamatan semasa aktiviti, semasa perjalanan datang dan balik dari sekolah.

 ·         Penglibatan pelajar di luar kawasan sekolah digalak menggunakan kenderaan yang disewa dan berdaftar dengan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

             4.3  Semasa kelas tambahan:

·         Pelajar hendaklah diingatkan agar sentiasa berkawan semasa datang dan pergi mengikuti program sekolah.

 ·         Semua pelajar dikehendaki memakai pakaian rasmi sekolah sepanjang masa dalam kelas tambahan; melainkan kes tertentu dengan kebenaran Guru Besar.

             4.4  Semasa lawatan belajar:

 ·         Lawatan ke luar negeri Kedah  hanya dibenarkan setelah mendapat kebenaran  bertulis dari pendaftar sekolah-sekolah negeri Kedah manakala lawatan dalam negeri, hanya dibenarkan setelah mendapat  kebenaran bertulis dari Pejabat Pelajaran Daerah KMY.

 ·         Semua pelajar yang turut serta dalam lawatan belajar hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa/penjaga.

 ·         Tindakan mendapatkan rawatan doktor akan dilakukan sesuai dengan situasi pelajar berkaitan; dan akan dimaklumkan kepada pihak ibubapa/penjaga dengan serta merta.

 ·         Pihak sekolah dan guru yang mengiringi lawatan diingatkan agar mengambil segala langkah keselamatan dan kebajikan demi kebaikan pelajar terbabit.

 ·         Laporan bertulis hendaklah disediakan dengan lengkap selepas 10 hari.

             4. 5. Menerima Pelawat:

 ·         Semua pelawat dialu-alukan berurusan dengan pihak sekolah dan hendaklah dimulakan di pejabat.        

 ·         Semua pelawat diminta melapor diri di pondok pengawal keselamatan dan mendapat kad pelawat untuk berada dalam kawasan sekolah. Pas hendaklah sentiasa dipakai semasa berada dalam kawasan sekolah. Borang Akuan Telah Menemui Pegawai hendaklah dilengkapkan dan diserah kembali kepada Pengawal Keselamatan yang bertugas.

  Dasar Pakaian Guru.

Semua guru hendaklah berpakaian seperti mana arahan cara berpakaian kakitangan guru oleh Kementerian Pendidikan serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

    • Semua guru mestilah sentiasa berpakaian kemas dan segak; selesa mata memandang wajar dengan profesion perguruan.
    • Pakaian mestilah tidak menimbulkan provokasi.
    • Hiasan-hiasan, solekan diri, pemakaian barang kemas bagi pakaian wanita hendaklah   bersederhana keadaannya.
    • Lencana nama hendaklah sentiasa dipakai sepanjang masa bertugas dan urusan rasmi   sekolah.
    • Rambut guru lelaki disisir kemas untuk mengelakkan anggapan “double standard” kepada   murid -murid. 
    • Elakkan memakai kasut getah atau selipar semasa mengajar dan sepanjang berada dalam kawasan sekolah. Kasut kulit dan berstokin  adalah cara yang terbaik.
    • Tali leher hendaklah dipakai oleh guru-guru lelaki semasa bertugas.
    • Tangan baju lengan panjang hendaklah dibiarkan labuh sepanjang masa bertugas.

·         Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani mestilah mengikut peraturan berpakaian yang ditetapkan. Elakkan baju sukan, kemeja-T semasa mengajar mata pelajaran biasa di dalam kelas.

 

  1. Dasar Komunikasi

 Bagi meningkat kegemilangan dan martabat profesion perguruan  dasar komunikasi di kalangan guru perlu dibina kerana ia merupakan satu elemen penting. Komunikasi yang efektif  di kalangan guru-guru amat penting dalam urusan kerja supaya dapat menjalankan tugas dengan cekap, pantas dan bijaksana.

Dasar komunikasi yang dibina bila diamalkan oleh para guru akan mewujudkan suasana  yang positif. Guru-guru perlulah mempraktikkan amalan seperti;

·         Bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat, bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris.

·         Beradap sopan ketika berbicara secara lisan dan bertulis.

·         Mengamalkan kata ucap bertatasusila seperti Vanakam, Terima Kasih, Salam Sejahtera, dan Selamat pagi, Thank You, Good Morning, Good Afternoon.

·         Elakkan kelucahan dan kebiadaban ketika berbicara secara lisan dan bertulis.

·         Tidak bersenda gurau berlebihan yang boleh  menimbulkan syak wasangka dengan perkataan membawa makna ‘lucah’ dan ‘cabul’.

PENGURUSAN BILIK DARJAH

MATLAMAT         

·         Mewujudkan sistem pengurusan bilik darjah yang efektif

·         Menanamkan rasa kekitaan dan pemilikan sepunya dalam kalangan murid-murid dan kelas

·         Meningkatkan semangat menyayangi keindahan bilik darjah/ bilik khas dan persekitaran sekolah

 OBJEKTIF  

·         Mewujudkan persekitaran kelas dan sekolah yang merangsang minda

·         Mewujudkan persekitaran kelas dan sekolah agar sentiasa kondusif

·         Meningkatkan sikap menyayangi dan menghargai keindahan

 SENARAI  TUGAS  GURU  KELAS

1.       

·   Pastikan kelas sentiasa bersih dan kemas.

·   Galakkan AJK Keceriaan Kelas menghias kelas dengan bahan-bahan yang berkaitan  pembelajaran dan keilmuan.

·   Memastikan agar Jadual Waktu Kelas, Jadual Giliran Bertugas Harian, Surat  Pekeliling dan Arahan GB / Sekolah kepada murid dan ibu bapa sentiasa    dipamerkan.

·   Melantik dan menyelia AJK Kelas.

 2.  BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID

·    Maklumat perlu diisi sendiri oleh guru kelas dan pastikan ketepatan dan kesahihan maklumat berkenaan.

·    Rekod Kedatangan Murid hendaklah sentiasa kemas kini.

·    Rekodkan kedatangan murid setiap hari sebelum jam 8.30 pagi dan pastikan ditutup pada setiap hujung bulan.

·    Buku Rekod Kedatangan Murid hendaklah sentiasa disimpan di pejabat. Adalah dilarang sama sekali dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada Guru Besar.

·    Memastikan keselamatan dan kebersihan buku.

·    Melaporkan kepada GPK HEM dan GB perihal kedatangan murid untuk diambil tindakan sewajarnya.

·    Sijil sakit dan surat ibu bapa pelajar hendaklah disimpan selamat dalam Sampul Kecil Kelas berkenaan.

·    Merekodkan pergerakan murid – pertukaran masuk dan keluar murid dalam Buku Besar Pendaftaran Murid sambil memastikan agar maklumat yang dicatatkan tepat dan benar.

 3.  BUKU REKOD KAWALAN KELAS

·    Maklumat perlu diisi sendiri oleh guru mata pelajaran yang mengajar mengikut jadual.

·    Buku Rekod  hendaklah sentiasa disimpan di kelas dan dibawa bersama ke bilik-bilik khas sekiranya PdPc dilaksanakan di luar kelas. Adalah dilarang sama sekali dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada Guru Besar.

·    Memastikan keselamatan dan kebersihan buku.

4. FAIL PERIBADI

 

·               Pastikan setiap murid mempunyai Fail Peribadi yang lengkap mengandungi :

                  i)   Rekod Ujian Bulanan / Pentaksiran Berasaskan Sekolah / PeKA

                  ii)  Buku Rekod Kesihatan

                  iii) Salinan Sijil Lahir

                  iv) Salinan Kad Pengenalan Ibu/ bapa

                  v)  Salinan rekod Maklumat Murid – SMM (Pangkalan Data)

                  vi) Salinan Sijil Nikah / Cerai Ibu/ Bapa ( untuk yang berkaitan sahaja)

·               Maklumat i – vi hendaklah sentiasa dikemas kini di dalam Sistem APDM

 5.  FAIL PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

·        Markah setiap ujian bulanan dan lain-lain pentaksiran kendalian sekolah hendaklah sentiasa diurus dan dikemas kini dengan segera selepas setiap ujian dan pentaksiran.

·        Semak dan pastikan agar buku-buku rekod dan pelaporan ini ditandatangani sendiri oleh ibu/ bapa murid sahaja.

 

6.  SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT)

·        Semua guru kelas adalah AJK SPBT Sekolah.

·       Semua guru kelas adalah bertanggungjawab menyemak dan memastikan hak kelayakan pinjaman dan membantu mengagihkan buku-buku tersebut kepada murid yang berhak dan layak.

·        Sentiasa mengingatkan murid agar menggunakan buku tersebut dengan wajar di samping menjaga keselamatan dan kebersihan buku pinjaman tersebut.

·    Membuat laporan lengkap terhadap kehilangan dan kerosakan buku-buku pinjaman tersebut.

·        Memastikan bahawa buku yang hilang diganti oleh pelajar berkenaan.

·        Memastikan agar buku pinjaman ini dikutip dan diagihkan semula pada hujung tahun di bawah pengawasan guru SPBT dan GPK HEM

  

  1. PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN( RMT) 

   ·      Guru kelas merupakan jawatankuasa RMT.

·  Guru Kelas hendaklah membantu memastikan agar murid-murid yang layak sahaja mendapat manfaat dari program ini. Namun senarai ganti boleh disediakan apabila ada pelajar berkenaan tidak hadir pada hari-hari tersebut.

8.  AM

·        Sentiasa memberi bimbingan dan nasihat kepada muridnya tentang pembelajaran, disiplin, kebersihan, sosialisasi, kekemasan pakaian dan kerja serta perkembangan sahsiah diri mereka.

·        Sentiasa bertanggungjawab terhadap kebajikan setiap murid di dalam kelasnya.

             PANDUAN PENGURUSAN BUKU JADUAL KEDATANGAN  PELAJAR ( REGISTER )

1.      GURU KELAS MENGISI BUTIRAN PELAJAR

 a)      Menerima Buku Jadual Kedatangan Pelajar.

b)      Mengumpul butiran pelajar yang dikehendaki dan semakan Surat Beranak  dan dokumen-dokemen lain berkenaan. Pastikan No. Surat Beranak / No. Kad  Pengenalan, alamat  rumah serta no. telefon adalah tepat dan terkini.

c)      Mengisi semua butiran dalam Jadual Kedatangan tersebut.

Perhatian: Tempoh  masa untuk melengkapkan semua maklumat yang dikehendaki adalah dua minggu atau sebulan (untuk pelajar baru) daripada hari pertama penggal pertama.

d)Senarai nama pelajar mesti mengikut abjad. Butiran bilangan pendaftaran masuk sekolah mesti lengkap.

 2.      GURU KELAS MEREKODKAN KEDATANGAN PELAJAR

 a)     Mencatat kedatangan pelajar setiap hari persekolahan sendiri (dilarang menyuruh pelajar mengisi walaupun dengan pensel) sebelum waktu pertama  tamat.

b)     Menyerahkan buku berkenaan ke pejabat untuk tindakan selanjutnya pada masa kedua (tidak lewat jam 8.30 pagi).

c)      Merekodkan kehadiran pelajar seperti berikut:

          Hadir                                                     :   /

          Tidak hadir dengan kenyataan             :  K


          Tidak hadir tanpa kenyataan                :  P

          Lewat                                                    :          (dikira hadir)

 d)Pelajar dilarang mengambil Buku Jadual Kedatangan Pelajar dari pejabat. Hanya guru sahaja dibenarkan mengambil buku tersebut.

e)     Buku Jadual Kedatangan Pelajar tidak dibenarkan sama sekali dibawa balik ke rumah atau disimpan di tempat lain. Segala urusan rekod / rujukan mesti dibuat di pejabat.

f)       Buku Jadual Kedatangan ditutup pada setiap hujung bulan.

g)     Semua ruang yang disediakan  hendaklah diisi dengan butiran yang diperlukan.

 3.      GURU KELAS BERTINDAK MENJAYAKAN PROGRAM SIFAR PONTENG

 a)     Semasa menyemak rekod kedatangan dan mengambil tindakan seperti prosedur kerja yang ditetapkan sekiranya ada pelajar yang tidak hadir tanpa kenyataan.

b)     Tindakan berikut perlu dilaksanakan:

i.                   Hubungi rumah pelajar yang tidak hadir melalui telefon.

ii.                 Hantar surat amaran mengikut prosedur jika tidak hadir 3 hari berturut-turut atau 10 hari jika berselang seli (amaran 1, 2 dan 3). Jika telah sampai kali ke-3, hendaklah disertakan dengan Surat Pekeliling Pendidikan Wajib.

iii.               Melawat rumah pelajar yang bermasaalah untuk berbincang dengan ibu, bapa atau penjaga.

iv.                Hantar pelajar yang bermasalah untuk sesi kaunseling. Isi borang yang disediakan untuk makluman Guru Kaunseling. 

  PERANCANGAN KELAS

 

BIL

ITEM

KETERANGAN

1

Jadual Waktu

Sentiasa kemas kini

Disahkan oleh Guru Besar

Jelas

Format yang seragam

2

Jadual Giliran Bertugas

Melibatkan semua pelajar

Dipamerkan di kelas

Agihan untuk lima hari

Ada penyeliaan oleh guru kelas dan ketua darjah

3

Carta Organisasi Kelas/ Bilik

Wujudkan AJK

Pengerusi: Guru Kelas

S/U : Ketua kelas

Pen. S/U : Pen. Ketua Kelas

4

Senarai Nama Ahli

Pamerkan:  nama, tarikh lahir, cita-cita

5

Pencapaian dan Analisis Ujian

Mengikut kumpulan:

A – cemerlang        B  - harapan          C -  potensi

Pamerkan markah peperiksaan,  peratus kelulusan dan Tahap Penguasaan dengan seliaan guru serta sentiasa dikemaskini.

Dipamerkan untuk tujuan penambahbaikan.

6

Sudut Pameran Hasil Kerja Murid

Bahan pameran terdiri daripada :

Contoh penulisan/ ukisan/ buku skrap

Bahan pembelajaran

Kelolaan AJK Pameran, Kemas/ teratur/ menarik

7

Sudut Mata Pelajaran

Bahan sentiasa dikemas kini dan merangsang minda pelajar

Sebagai bahan ulang kaji/ pengukuhan

Menarik dan mencabar pemkiran pelajar.

8

Kad Kebenaran Keluar Kelas

Keluar dengan kebenaran guru sahaja.

Ketua darjah diberi 2 kad jika ketiadaan guru sahaja

Membawa bersama pas keluar kelas.

9

Fail Disiplin

Disediakan mengikut bilangan ahli dalam kelas

Diisi oleh guru yang mengajar di kelas setiap kali pelajar melanggar disiplin sekolah :

- tidak siap / tidak buat kerja/tidur dalam kelas/ bergaduh/ mencuri/tidak membawa buku/bahan kerja/ kelakuan negatif/ lain-lain

* Nyatakan tindakan yang diambil terhadap pelajar seperti:

·         Kelas tahan siapkan kerja

·         nasihat

·         rujuk kepada guru kaunseling/ disiplin

·         rujuk kepada GPK HEM / GB

10

Maklumat Kehadiran Murid

Ditulis pada sudut kiri atas papan hitam.

Mencatat kehadiran  murid selewat-lewatnya pada masa pertama pembelajaran.

Menulis nama murid yang tidak hadir.

11

Doa Belajar

Menampal doa belajar di dinding hadapan kelas.

12

Ikrar Murid

Mempamerkan ikrar murid

13

Kata-kata Hikmat/Perangsang

Mempamerkan kata-kata hikmat/ perangsang di dalam kelas.

14

Visi dan Misi Sekolah

 

Sentiasa diingatkan kepada pelajar dan sentiasa dipamerkan

15

Lagu Sekolah

Dipamerkan di dalam kelas dan bilik-bilik khas

Dinyanyi dan dihayati oleh semua pelajar

16

Sudut Bacaan

Menyediakan bahan bacaan yang sesuai- buku, majalah, surat khabar

17

Kad Inventori Kelas

Nyatakan peralatan yang terdapat di kelas

JADUAL KERJA KEBERSIHAN KELAS

 

PERKARA

AMALAN KEBERSIHAN

Meja Guru / almari

* Kemas dan beralas rapi

* Laci mengandungi bahan dalam keadaan kemas

Meja Murid

* Disusun  kemas

* Ruang bawah meja / dalam meja sentiasa dibersihkan

* susunan meja sentiasa teratur ikut perancangan.

Kerusi Guru

Kerusi Murid

* Sentiasa bersih dan selamat digunakan

* sentiasa rapat kemeja bila tiada pengguna

Papan Hijau /

Papan Hitam/

Papan Putih

* Bersih dan sedia untuk digunakan seterusnya.

* Pemadamnya sedia untuk memadamkan papan.

* mempunyai set alat tulis yang sedia untuk digunakan

   dengan optimum

Tingkap

* mempunyai cermin.

* bebas dari habuk

* boleh digerakkan dengan sempurna

* sentiasa dibersihkan.

Papan Kenyataan

* Memaparkan maklumat berilmu dan merangsang minda

   pelajar.

* sentiasa dikemaskini.

* menggunakan bahan hasil kerja murid dan bahan kerja asli guru-guru.

Lantai

* bebas dari sampah

* disapu setiap hari

Kipas , Lampu dan Siling

* berfungsi

* bersih

*dipadamkan bila tidak diperlukan atau ketika tiada murid

dalam kelas.

Penyodok sampah, Penyapu, bakul sampah dan bulu ayam

* diletakkan di tempat yang sesuai – di belakang kelas

Kaki lima laluan kelas dan longkang

* Dibersihkan

* Dibasuh sebulan sekali


RUKUN NEGARA

 MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

·                  KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;

·                  KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;

·                  KELUHURAN PERLEMBAGAAN;

·                  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;

·                  KESOPANAN DAN KESUSILAAN

 FALSAFAH  PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 Pendidikan   di  Malaysia   adalah     suatu    usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara  menyeluruh dan  bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 ETIKA PERKHIDMATAN


- Berazam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan.

- Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab.

- Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri.

- Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah Dan Kemesraan.

- Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat Dan Pembangunan Negara

- Bekerja Dalam Membanteras Kelemahan Dan Musuh Negara.

- Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama.

 LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

Akses:

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)  menjelang 2020.

 Kualiti:

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk  meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan danditerima di peringkat antarabangsa.

 Ekuiti:

Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.

 Perpaduan:

Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

 Kecekapan:

Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan  murid mengikut tahap peruntukan semasa.

 ENAM ASPIRASI MURID


1.      PENGETAHUAN

·         Melengkapkan murid dengan kemahiran hidup asas selain mendapatkan pengetahuan dalam bidang lain seperti seni dan sukan.

2.      KEMAHIRAN   BERFIKIR

·         Membantu murid mendapat pengetahuan sepanjang hayat dan mewujudkan pengetahuan baru.

3.      KEMAHIRAN   MEMIMPIN

·         Membantu murid mencapai potensi penuh melalui pembabitan sebagai pemimpin.

4.      KEMAHIRAN   DWIBAHASA

·         Membolehkan murid berkomunikasi dengan berkesan di kalangan masyarakat pelbagai bangsa.

5.      ETIKA   DAN   KEROHANIAN

·         Mempersiapkan murid supaya berani menghadapi cabaran masa hadapan.

6.      IDENTITI   NASIONAL

·         Memupuk semangat cintakan negara dan bangsa.

 

11 ANJAKAN PPPM

 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisiensi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus 

    berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian.

9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10.Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti secara langsung.

 PIAGAM PELANGGAN

Kami , warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Getah, Bedong, Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :

  ·                  Membimbing Pelajar-Pelajar Ke Arah Peningkatan Dan Kecemerlangan Akademik

                Dan Kokurikulum.

¨                        Bekerja dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

 ¨                        Mengikis sikap mementingkan diri.

 ¨                        Berkhidmat dengan muhibah dan kemesraan.

 ¨                        Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.

 ¨                        Memastikan semua pelajar mendapat celik 3M dan celik IT

 ¨                        Berpegang teguh kepada agama.

·                       Membimbing Pelajar-Pelajar Ke Arah Peningkatan Dan Kecemerlangan Akademik

                 Dan Kokurikulum.

·                       Mewujudkan Iklim Sekolah Yang Berbudaya Cemerlang, Berilmu, Bersih Dan

                Harmoni.

·                       Memastikan Sekolah Peka Dan Responsif Dengan Kehendak Dan Keperluan

                 Pelanggan-Murid, Guru, Masyarakat (Ibu Bapa) Dan Negara/ Kerajaan.

APA ITU PAK21?

 APA ITU KBAT?

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.

   APA ITU EKSA?

 EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia), dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010), dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kreativiti dan inovasi.

 Antara faedah dari pelaksanaan EKSA ini adalah:

ü  Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti;

ü  Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi;

ü  Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran;

ü  Meningkatkan semangat ‘esprit de corp’;

ü  Meningkatkan disiplin warga agensi/jabatan, dan

ü  Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.


 

 


No comments:

Post a Comment