Sejarah Sekolah

   

                KEDUDUKAN BANGUNAN  SEKOLAH PADA TAHUN 1941

  SJK(T) Ladang Sungai Getah  ini merupakan sebuah sekolah luar Bandar yang terletak di kawasan Parlimen Merbok.Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1940 oleh Pengurus Ladang Sungai Getah.Pada awalnya hanya merupakan sebuah bangunan kayu sahaja .Keluasan  tanah  ialah ¼ ekar .Pada masa ini murid seramai 30 orang belajar di sekolah  ini. Pada masa itu Cuma ada sebuah kelas sahaja.Murid terpaksa duduk berhimpit dan juga terpaksa duduk di atas lantai dan juga di kuil yang berdekatan. Pada masa itu Pengurus Ladang Aberfoyle, telah membenarkan guru-guru tinggal di bangunan lama stor padi (dibina pada tahun 1938) dan tandas system pit digunakan.

                Pada tahun 1970 bangunan lama dirobohkan dan dibina sebuah bangunan kayu  2 tingkat .Pada masa ini entrolmen murid menigkat  kepada 100 orang murid. Bangunan ini dibina atas uasaha PIBG.

               Pada Tahun 1996 sekolah ini mempunyai seramai 124 orang murid dengan 11 orang guru. Pada tahun 2003 , semasa Guru Besar En.E.Applanaidu berkhidmat disekolah ini bangunan sekolah ini diubahsuai untuk bangunan baru yang disumbangkan oleh ADUN Kawasan Bukit Selambau , YB Dato Saravanan.

                Pada tahun 2005 pihak PIBG membeli 1 ekar tanah berhampiran sekolah  dan membina sebuah  bangunan satu tingkat. Bangunan mempunyai sebanyak 6 bilik darjah.Salah sebuah bilik darjah diubahsuai sebgagi bilik guru.Bilik darjah masih tidak mencukupi dan bangunan lama masih digunakan sebagai bilik darjah.

 

BANGUNAN SATU TINGKAT DIBINA PADA TAHUN 2005

 

                 Pada tahun 2011 pula  sebuah bangunan dua tingkat  dibina atas usaha Pihak Sekolah.Bangunan ini mempunyai sebanyak 6 bilik darjah dan 2 buah tandas.Sebuah kantin juga dibina pada tahun 2011.Bangunan lama yang dibina pada tahun 2005  pula diubahsuai untuk bilik pemulihan, perpustakaan,bilik guru  dan  bilik Sains dan bilik ICT (dalam proses).

 

 BANGUNAN  DUA TINGKAT YANG DIBINA PADA 2011  

LOKASI SEKOLAH

 

 

BAHAGIAN-BAHAGIAN   BANGUNAN SEKOLAH

 

KEADAAN  PEJABAT SEKOLAH

PONDOK JAGA

                 BILIK GURU BESAR

TANDAS  MURID

 

TAPAK PERHIMPUNAN

 

BANGUNAN SEKOLAH

  

 KANTIN SEKOLAH

 


No comments:

Post a Comment