Seperti sekolah-sekolah di negeri Kedah yang lain, visi dan misi SJK(T) Ladang Sungai Getah telah diselaraskan mengikut visi dan misi KPM. Tujuannya adalah untuk menunjukkan komitmen Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang sederap dan sekata dengan visi dan misi yang dihasratkan oleh KPM. Pendekatan ini adalah satu strategi yang bijaksana dalam memastikan visi KPM selaku pemegang kepada mandat dalam sistem pendidikan di negara ini dapat dihayati, difahami dan diterjemahkan oleh seluruh warga pendidikan di negeri Kedah pada amnya dan khususnya oleh warga SJK(T) Ladang Sungai Getah. Visi dan misi SJK(T) Ladang Sungai Getah dinyatakan seperti berikut;
VISI SEKOLAH
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI SEKOLAH
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
MATLAMAT
SEKOLAH
Matlamat sekolah adalah bertujuan untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
SEKOLAH
A PEMBINAAN SAHSIAH
MURID BERTERASKAN KEPADA PENGHAYATAN KEAGAMAAN DAN MORAL.
MENGURANGKAN BILANGAN KES DISIPLIN
A
MELAKSANAKAN 100% PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERLANDASKAN KURIKULUM TERKINI.
A MEMPERTINGKATKAN
TAHAP KECERGASAN MURID KE TAHAP PALING MAKSIMUM SERTA MAMPU BERSAING MEWAKILI
DAERAH DAN NEGERI DI DALAM PELBAGAI KEGIATAN KURIKULUM & KOKURIKULUM.
A PENGUKUHAN
SEMANGAT PATRIOTISMA, SETIA KAWAN DAN PERPADUAN YANG KENTAL DI SEMUA PERINGKAT.
A MENCAPAI TAHAP BUDAYA KERJA CEMERLANG BAGI SEMUA GURU DAN STAF SOKONGAN.
A MEMBINA KEYAKINAN
DIRI DAN MENINGKATKAN MOTIVASI KENDIRI SETIAP MURID.
A SENTIASA
MENGAMALKAN BUDAYA PENYAYANG DAN PRIHATIN.
A MENGADAKAN
SUASANA PEMBELAJARAN YANG CERIA, BERSIH DAN SELESA DENGAN MENGUJUDKAN SEKOLAH
DALAM TAMAN.
A MEMPEROLEH SIJIL TANPA BERTEGURAN CEMERLANG DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH.
MENJALIN RANGKAIAN KERJASAMA DENGAN SEMUA WARIS PELAJAR DAN KOMUNITI SETEMPAT.
No comments:
Post a Comment